Khairul Hafiz, jurufoto dari Malaysia telah merakam siri gambar Mekah hitam putih yang sangat menarik hati. Gambar-gambar ini dirakam semasa beliau menunaikan ibadah umrah baru-baru ini pada 15 Disember hingga 25 Disember 2016 lalu. Kebanyakan hasil foto ini dirakam dengan menggunakan telefon Samsung Note 3 dan kamera kompak Sony RXii. Walaupun hanya menggunakan kamera telefon, namun hasil foto beliau amat menarik dan mempunyai penceritaan tersendiri. Untuk melihat hasil karya Khairul Hafiz lagi, anda boleh layari laman web beliau di http://www.carrollapiez.com/