Sebut pasal kucing pasti akan tersenyum dengan kecomelan si kecil itu. Marcel Heijnen, seorang jufoto daripada Belanda telah berpindah ke Hong Kong, mendapati bahawa ada sesuatu yang menarik di kedai-kedai tradisional Hong Kong iaitu kebanyakan membela kucing di dalam kedai mereka.
Beliau yang terpesona dengan keadaan itu, lantas mendokumentasikan gambar kucing-kucing tersebut hingga beliau membuka akaun Instagram khas bagi projek ini. Marcel Heijnen merakam foto kucing di dalam kedai, di jalanan, di pasar serta memuatnaik dengan kerap di dalam akaun Instagram tersebut.