Jika anda ingin menjana pendapatan dengan fotografi, penting untuk anda mempunyai koleksi perjanjian yang betul, ditandatangani oleh orang yang betul dan paling penting sah di sisi undang-undang tidak kira perjanjian pelepasan model atau pembelian karya foto anda. Untuk permulaan dalam memikirkan apa yang perlu ada dalam kontrak perjanjian anda, kami kumpulkan contoh kontrak perjanjian daripada Docracy,sebuah laman web perkhidmatan servis undang-undang untuk anda. Mereka menawarkan contoh beberapa bentuk dokumen perjanjian yang paling biasa dan penting digunakan oleh jurufoto.
Anda boleh kemaskini contoh perjanjian ini mengikut keperluan anda sendiri. Berikut adalah senarai borang yang ditawarkan. Klik setiap foto di bawah untuk dapatkan versi penuh dokumen tersebut.
PELEPASAN MODEL (MODEL RELEASE)
PELEPASAN MODEL KANAK-KANAK
KONTRAK SERVIS FOTOGRAFI PERKAHWINAN
KONTRAK FOTOGRAFI ARTIS MUZIK
KONTRAK FOTOGRAFI POTRET
KONTRAK PENJUALAN FOTO GALERI
KONTRAK PENJUALAN KARYA FINE ART
KONTRAK LESEN FOTO MERCHANDISE