Tobias Gremmler, seorang artist dari Jerman telah berjaya mengabungkan keindahan falsafah gerakan Kung Fu, melalui video yang mengkaji gerakan abstrak dalam seni mempertahankan diri itu. Dengan komputer, beliau telah merungkai gerakan serangan dan pukulan dari dua orang mahaguru Kung Fu iaitu Li Shek Lin dan Wong Yiu Kau, untuk menjayakan 3D animasi yang indah ini. Kerja beliau ini telah dikomisyenkan oleh Guoshu International Association sempena Hakka Kung Fu Martial Arts Festival yang berlangsung di Hong Kong.