GAMBAR DARI IPHONE; BERAPA BESAR BOLEH DIBESARKAN?

0
729

Seringkali kita merasa kagum apabila melihat papan tanda iklan di jalanraya menayangkan kebagusan sekeping gambar yang diambil dari telefon berjenama iPhone ini. Dalam hati, tertanya-tanya juga bagus betul saiz gambar iPhone ini hinggakan boleh dicetak dalam format yang besar. Malahan kini telah ada pameran gambar-gambar yang diambil daripada kamera iPhone.

Persoalan di sini bukan berapa besar sekeping gambar dari iPhone boleh dicetak, ianya lebih kepada berapa besar yang boleh dibesarkan sekeping gambar yang diambil dari aplikasi kamera iPhone. Anda boleh melihat carta di bawah bagi setiap model iPhone, berapa besar sekeping gambar boleh pergi.

Kredit jadual dari : LifeinLofi

Namun, penggunaan aplikasi lain terutama apabila menyunting gambar dalam iPhone boleh mengurangkan resolusi gambar yang sebenar. Sekiranya anda ingin besarkan resolusi gambar iPhone anda melalui aplikasi di iPhone anda boleh menggunakan aplikasi Filterstorm ataupun aplikasi BigPhoto. Aplikasi ini boleh membesarkan resolusi gambar dari 8mp kepada 20mp. Anda juga boleh membesarkan saiz dan megapixel iPhone ini melalui aplikasi Adobe Photoshop di komputer anda, dan yang paling bagus menggunakan plugin onOne Software’s Perfect Resize