Setiap tahun, pertandingan fotografi antarabangsa diadakan untuk membawa fotografi perkahwinan ke arah satu tahap yang membanggakan dan lebih mirip ke arah seni halus. MyWed Award adalah salah satu daripada pertandingan fotografi antarabangsa. Ianya diadakan setiap tahun membuka 21 pencalonan kategori pertandingan.
Anugerah “Photographer of the Year” telah dimenangi oleh Ken Pak, membawa pulang hadiah sebuah kamera Nikon D5. Jom lihat foto-foto menarik pemenang MyWed Award ini. Untuk foto dan maklumat lanjut MyWed Award boleh layari laman web mereka.



















